Thursday, March 25, 2010

Memahami sejarah negara bangsa ( Bahagian 1 )


Pembentukkan negara Malaysia yang meliputi semenanjung Tanah Melayu , Sabah , dan Sarawak telah menunjukkan ciri-ciri terbinanya sebuah negara bangsa . Apakah istilah negara bangsa ? Negara bangsa boleh diistilahkan sebagai warganegara yang menjadi rakyat sesebuah negara dan terikat dengan undang-undang dan peraturan negara tersebut serta berjanji untuk taat setia dan berbakti kepada negaranya .Pembinaan sesebuah negara bangsa ditubuhkan dengan adanya empat elemen iaitu Negara, Bangsa, Kerajaan, dan Perlembagaan . Kempat-empat elemen diatas sudahpun ada semasa Malaysia dibentuk . Menurut sumber sejarah, selepas tamat perang dunia pertama , Deklarasi Empat belas Perkara Woodrow Wilson telah dimenterai semasa persidangan Damai Paris . Antara prinsip dalam deklarasi tersebut adalah berkaitan nasib sesebuah negara ditentukan oleh rakyat negara tersebut serta prinsip sempadan negara berasaskan rumpun bangsa yang sama .
Persoalan yang sering bermain diminda masyarakat kita mmengenai wujudkah elemen pengukuhan konsep negara bangsa ini dinegara kita ?
Ciri-ciri negara bangsa Malaysia boleh kita lihat seperti kewujudan masyarakat berbilang kaum, bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan dan rukun negara sebagai elemen lafaz taat setia kepada negara .
Namun ,kesemua ciri-ciri yang saya sebutkan diatas belum cukup untuk mengukuhkan elemen negara bangsa di Malaysia . Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya memuji langkah reformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan konsep Satu Malaysia dalam usahanya yang bertujuan untuk mengukuhkan konsep negara bangsa Malaysia . Berjaya ataupun tidak konsep Satu Malaysia sebenarnya bergantung kepada komitmen, kesepakatan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat berbilang kaum untuk sama-sama menjayakannya . Berbalik kepada persoalan mengenai pengukuhan negara bangsa Malaysia yang masih diragui dan menjadi tanda tanya, kita boleh menjadikan negara serantau seperti Indonesia dan Thailand sebagai modul untuk memperkukuh elemen negara bangsa . Konsep negara bangsa kedua-dua buah negara tersebut dengan konsep negara bangsa Malaysia mempunyai perbezaan yang cukup ketara . Negara Thailand dan Indonesia mengamalkan dasar asimilasi antara kaum mengikut ciri-ciri kaum majoriti sehingga nama individu ditukar kepada nama kaum majoriti dan juga tidak wujud sekolah yang berasaskan kaum mahupun surat khabar pelbagai aliran bahasa yang dihapuskan sama sekali . Tidak seperti di Malaysia yang menekankan dasar menghormati perbezaan budaya ,agama dan bangsa setiap kaum serta membenarkan kewujudan institusi seperti sekolah pelbagai aliran dan media massa ( akhbar) yang berasaskan pelbagai kaum . Kita sememangnya tidak menafikan bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang begitu unik kerana kepelbagaian budayanya dan layak mendapat gelaran Malaysia Truly Asia . Kepelbagaian masyarakat berbilang bangsa kemungkinan menjadi liabiliti besar kepada perpaduan negara kita ? Hal ini dapat dibuktikan dengan rentetan peristiwa 13 MEI 1969 dimana menunjukkan kerapuhan perpaduan antara kaum yang melemahkan elemen negara bangsa . Isu-isu perkauman yang dibangkitkan oleh kaum bukan Melayu yang mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu (bumiputra) menyebabkan berlakunya ketegangan dan timbul bibit-bibit permusuhan serta kebencian antara orang Melayu dan bukan Melayu sehingga ke hari ini.

Sambung bahagian kedua....

No comments:

Post a Comment